Wednesday, June 13, 2012

Hantu Kecil Mengganggu Seremban selatan!

Selepas makan tengahari pada Ahad lepas, semua orang tertidur dek kepoweran masakan Umi. Seingat Abi, Amaninas dah tido dengan Myra dahh siap berbantal dalam buai serta Nina dah bergulung di lantai. Abi yang cuba menidurkan Nina dan Myra, dikesan turut serta terjebak dalam aktiviti berjemaah tersebut. Di bawah buaian Myra.



Namun, kelazatan tidur Abi tidak berkekalan. Dalam lebih kurang pukul 330pm, Abi terasa macam ada sesuatu menghimpitnya. Dada Abi terasa sesak dan pernafasan menjadi sukar. Alangkah terkejutnya Abi apabila sebaik membuka mata, satu lembaga putih berdiri hampir dengan Abi, seolah mahu muuuah Abi. Abi yang seolah 'dikunci' tak dapat berbuat apa-apa selain redha dan pasrah ajer muka Abi dilumur dengan cecair yang berbau familiar. Setelah lembaga meninggalkan cecair jernih kat hidung Abi, ia bergerak ke dapur sebab Umi panggil dari bilik belakang. Lembaga itu pun lari terkedek-kedek macam penuntut satu sekolah dengan Naruto.


Bila line dah clear, barulah semangat Abi pulih dan ada tenaga nak bangun menyelamatkan diri. Bagaikan terjaga di twilight zone, Abi tersentap melihat Nina yang sedang baca buku tak jauh dari tempatt Abi terbaring tadi. Yang menyentapkan Abi ialah tajuk buku yang Nina baca. Abi tertunduk insaf. By this time, hantu kecil tadi dah bukak kain selubungnya dan terlihatlah Myra yang comel. Laaa. Myra rupanya. Mereka berdua menyerang Abi dengan Myra berdiri atas perut Abi sementara Nina suruh angkat dia buat macam superman. Khuatir akan diganggu lagi, Abi akur...

Iklan di televisyen menyelamatkan Abi apabila Nina dan hantu kecil lari mengadap depan tivi untuk layan iklan tu. Abi mengambil kesempatan ini untuk bangun dan menyelamatkan diri...


SEKIAN


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...